Terlampau cepat masa berlalu. Sekejap saja usia bertambah ke angka 50. Pada usia macm-macam penyakit tidak segan bertaandang, Paling popular penyakit 3 serangkai , penyakit kanser dan juga penyakit-penyakit lain. Tidak kira apa jenis penyakit semuanya ada rawatan dan ubat tersendiri. Di pasaran tempatan juga berlambak makanan kesihatan. Asbab usia semakin bertambah memakan makanan berkhasiat saja tidak mencukupi. Perlu juga dibantu dengan makanan tambahan yang pelbagai jenis ada di pasaran tempatan sekarang.
Menjalani kehidupan pada usia awal 50an ini tidaklah sama ketika berusia 30an, 40an dan sebagainya. Pada usia 30an juga 40an tenaga dan semangat masih berkobar-kobar dan tidak cepat berasa letih. Jikalau letih pun hanya seketika saja. Perbezaan usia awal 50an pada lelaki dan perempuan tidak sama.
Ketika usia awal 50an mungkin ada wanita yang sudah menghampiri tahap menoupse dan tidak lagi aktif menjalankan aktiviti berkaitan dengan seks. Semakin berumur dan banyak urusan kehidupan tertumpu kepada hal lain. Emosi dan fizikal usia awal 50an juga semua berubah. Emosi kadangkala sensitif, cepat terasa dan tidak suka bersesak dan mendengar bunyi yang bising-bising.
Sebaliknya memilih ketenangan dan semakin gemar kepada alam semulajadi. Menikmati segala keindahan dan lebih suka menghabiskan masa bersama dengan keluarga tersayang. Justeru itu tidak hairanlah kebanyakan wanita ataupun lelaki suka menghabiskan masa dengan aktiviti berkebun, bercucuk tanam dan macam-macam lagi.
Tidak kira apa yang kita lakukan, kesihatan pada usia awal 50an ini tidak boleh dipandang ringan. Apa saja perubahan pada diri tidak kira lelaki atau wanita kemungkinan ada sesuatu yang sedang bergolak dalam tubuh masing-masing, Bila dihingapi penyakit, jangan tunggu diri semakin teruk baru hendak ke hospital berjumpa doktor dan sebagainya. Sebaliknya ambil langkah seberapa segera terus berjumpa doktor dan meluangkan masa melakukan apa saja pemeriksaan berdasarkan gejala penyakit yang kita hadapi itu.
Apa pun semakin bertambah usia, maka perlu lebih peka dengan apa yang berlaku dengan emosi diri juga fizikal badan masing-masing, Jaga diri dan emosi sebaik mungkin dan dengarlah nasihat doktor pakar dan apa saja nasihat berkaitan dengan usia awal 50an ini.
